Monday 13 April 2020

Kursus Pengucapan Awam Untuk Sektor Awam


Pengucapan Awan ialah teknik menyampaikan idea kepada para hadirin dengan menggunakan gerakan tangan, lontaran suara, cara berdiri, mimik muka dan tatapan mata. Namun, tidak semua menggunakan taknik-teknik di atas dengan sempurna dan berkesan. Disebabkan itu, lontaran idea anda tidak dapat disampaikan secara efektif kepada para hadirin anda. Namun, dengan latihan yang mencukupi, anda boleh menjadi mahir di dalam pengucapan awam.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKTOR AWAM Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Mengabaikan Kemahiran Pengucapan Awam


Amri adalah seorang pekerja yang cemerlang di sektor beliau. Dia sedang bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pejabat yang membolehkan nya untuk dinaikkan pangkat. Oleh itu, dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah cermerlang di dalam peperiksaan nya kelak.

Usaha Amri tidaklah sia-sia, Dia mendapat markah cemerlang di dalam peperiksaan pejabat tersebut. Pihak pejabat telah menjemput Amri untuk memberi sepatah dua kata di majlis makan malam tahunan pejabat supaya dia dapat menjadi inspirasi untuk pekerja-pekerja yang lain.

Amri merasakan bahawa dia tidak perlu untuk bersiap sedia untuk ucapannya kerana dia merasakan dia cukup bijak untuk menyampaikan ucapan nya tanpa apa-apa persediaan. Amri meneruskan pekerjaan nya seperti biasa.

Pada hari kejadian, Amri mendapat kejutan besar kerana beberapa pegawai atasan hadir di majlis makan malam tersebut. Sebagai wakil pekerja cemerlang, Amri tentunya ingin menawan hati pegawai atasan dengan ucapan nya.

Namun, disebabkan tiada persediaan yang dilakukan. Amri hanya menyampaikan ucapan terima kasih sahaja kerana terlalu gementar. Setelah kejadian itu, Amri mula sedar bahawa pengucapan awam bukanlah senang seperti yang dijangkakan. Beliau mula meningkatkan kemahiran nya dalam bidang tersebut.

Kajian Kes 2: Akibat Tidak Mahir Dalam Teknik Pengucapan Awam


Josh ialah pelajar tahun akhir di universiti. Dia telah menanam azam untuk memasuki alam pekerjaan sebagai pegawai tadbir di sektor kerajaan. Justeru, dia belajar bersungguh-sungguh supaya dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang supaya melayakkan dia menjadi pegawai tadbir.

Usahanya tidak sia-sia. Dia medapat semua A untuk dalam semua nya. Dia nya mula mengisi borang dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan ke laman web kerajaan. Nasibnya amat baik kerana dia dipanggil untuk ditemuduga setelah hanya beberapa minggu.

Josh datang ke temuduga tersebut. Josh berjaya menjawab ujian berkomputer dengan cemerlang. Namun, apabila temuduga berkumpulan dijalankan, Josh gagal kerana dia tidak tahu teknik-teknik yang betul semasa berucap di khalayak ramai. Josh tidak menyerlah berbanding calon-calon yang lain dan akhirnya gagal mendapatkan jawatan tersebut.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKTOR AWAM Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Teknik Pengucapan Awam Yang Betul


Azam berumur 26 tahun dan baru sahaja menamatkan pembelajaran ijazahnya dua tahun yang lalu. Namun, dia telah memegang jawatan pegawai perhubungan di dalam organisasi beliau.

Ramai bertanya apakah rahsianya Azam dapat meyakinkan pihak pengurusan untuk melanitk nya memegang jawatan pegawai perhubungan. Jawapan nya adalah teknik pengucapan awam yang baik.

Semasa memegang jawatan sebagai penolong pegawai perhubungan, Azam berupaya memukau dan meyakinkan pelanggan dalam memperkenalkan perkhidmatan baru kerajaan dengan teknik-teknik pengucapan awam seperti lontaran suara yang tepat dan gerakan tangan yang menunjukkan keyakinan. 

Ini membuatkan pelanggan amat yakin untuk berurusan dengan organisasi kerajaan yang diwakili oleh Azam. Melihat perkara ini, pihak pengurusan melihat Azam sebagai aset yang tidak boleh dilepaskan dan membuat keputusan untuk menaikkan pangkat Azam sebagai pegawai perhubungan.

No comments:

Post a Comment